Tuesday, January 20, 2015

Hadis 1 : Amalan yang tertolak

Assalamualaikum 
Ahlan Wa Sahlan!

               Salam sejahtera , salam ukhuwah buat semuanya . Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi Allah yang cukup baraqah . Mari kita bandingkan situasi kita dengan saudara muslim kita di bumi Palestin . Mereka dibunuh setiap hari tanpa belas kasihan . Saya seru kepada diri saya dan sahabat sekalian , sama- sama kita hulurkan doa  kerana sabda Nabi ' DOA ITU SENJATA MUKMIN ' . Oklah , kali ini admin ingin berkongsi tentang sebuah hadis : 



Ummu mukminin , Ummu Abdillah , Aisyah r.h.a berkata , bahawa Rasulullah bersabda  :
"Sesiapa mengada-adakan yang baru (bidaah) dalam urusan agama kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya , dia tertolak "


Ma makna bidaah ? Bidaah bermaksud perbuatan perbuatan yang dinilai ibadah tetapi tidak bersumber daripada ajaran Islam dan tidak memiliki landasan yang jelas. Setiap perbuatan ibadah yang tidak bersandar pada dalil syar'i  ditolak daripada pelakunya .

Islam adalah agama yang berdasarkan ittibak ( mengikuti berdasarkan dalil ) dan bukan ibtidak (mengadakan sesuatu tanpa dalil ) dan Rasulullah telah berusaha menjaganya daripada sikap yang berlebih lebihan dan mengada adakan .

Adapun hal hal yang tidak merupakan pokok pangkal  dalam agama dan tidak dilarang sama sekali oleh Rasulullah seperti menulis al Quran dalam mushaf walaupun Rasulullah sendiri tidak menulis al Quran tidak termasuk dalam larangan hadis di atas .Sebahagian ulama pula mengistilahkan perbuatan mengarang kitab kitab ilmu sebagai bidaah hasanah . Pekerjaan yang bersangkut paut dengan kehidupan dunia seperti perniagaan , pertanian dasebagainya tidaklah termasuk dalam pengertian hadis.Oleh tiu , tidaklah dilarang sama sekali mengadakan apa apa caa atau peraturan baru yang lebih sesuai dengan zaman kontemporari yang tidak pernah Baginda lakukan selagi tidak ada keterangan dalam al Quran dan hadis yang melarang perbuatan tersebut



Wallahua'lam . sekian sahaja, Assalamualaikum

Suka just like it