Tuesday, December 17, 2013

Cerpen : Harapan ...

Assalamualaikum!!

What's up!? cehh ... sebelum sambung kepada post ni cuba sebut huruf E ! .
Ha! kan comel kalau senyum , kan kan >.< ... OK kalau post yang lepas pasal Sajak ,kali ini pasal cerpen pulak . Asli tau ! penat aku menaip huhu .. letih letih . Kalau bukan disebabkan homework mungkin takkan terhasil la cerpen ni agaknya . Nah cuba baca sikit :


Harapan

‘Ayyyyaaaaahhhh!!! “ suatu  lolongan meminta tolong menodai keheningan malam yang gelap gelita .Kelihatan seorang gadis lingkungan 20 an berlari ke arah  rumah usang dalam keadaan yang panik.Manik manik peluh jelas kelihatan di wajahnya . Di belakang gadis itu , susuk susuk tubuh yang mati mengejar gadis yang bertubuh kecil dalam keadaan yang cukup mengerikan .Walaupun mereka mempunyai koordinasi yang teruk dalam mengendurkan dan mengecutkan otot –otot badan mereka , namun bilangan mayat atau lebih dikenali sebagai zombie tidak terkira bilangannya .Mendengar bunyi dengusan mayat mayat hidup itu sahaja sudah cukup untuk kelenjar adrenalin untuk merembeskan hormon yang boleh menyebabkan panik dan ketakutan .Wajah mayat mayat itu sungguh menjijikkan .Wajah mereka dipenuhi ulat ulat dan sesetengahnya berjalan tanpa kepala ! . Mata mereka terkeluar daripada soketnya dan darah membasahi tubuh mereka cukup untuk memberikan mimpi ngeri yang berpanjangan . Setiba gadis itu sampai di pintu rumah usang  itu , lelaki separuh abad keluar sambil membawa senjata laser yang dicipta hasil inovasinya sendiri .
“ Pergi kau mayat berdebah ! “ dia menekan picu lasernya dan beberapa susuk tubuh jatuh bergelimpangan namun mereka tidak mati walaupun badannya terputus dua . Lelaki itu menarik tanngan gadis itu dan masuk ke dalam rumah dan serta merta mengaktifkan pagar elektromaagnet yang menghalang mayat mayat itu menceroboh masuk .

            “Kenapa Elina pergi lab  tu lagi ? Kan berbahaya ! “ sergah Professor Zain kepada anaknya apabila hormon adrenalin tidak lagi menguasai otaknya . Elina tercengang dengan kata kata ayahnya . Mukanya merah padam .Elina menjuihkan bibirnya tanda memendam perasaan kecewa  dan marah .” Ayah , Elin pergi lab sebab nak mencari penawar kepada masalah global ayah . Bukan sengaja Elin nak pergi membahayakan nyawa Elin sendiri !  “Bentak Elina kegeraman .
” Percayalah mayat mayat tu takkan pulih ! mereka dah mati ! “.
“Ayah takkan percaya apa yang Elin temui , banyak specimen yang Elin dah kaji .Kita boleh ubah dunia ! “

            Mereka khusyuk mengeluarkan hujah masing masing sehingga tidak sedar kehadiran Leftenan Mike  yang menyaksikan ulah mereka berdua .” Dah pergi masuk bilik “  arah Prof Zain kepada anaknya . Leftenan Mike berdiri senyap tanpa bertanyakan apa –apa kerana sudah mendengarkan segalanya .


“ Berilah dia peluang Prof ,mungkin ada benarnya “ . kata Leftenan yang berbangsa Inggeris tu .

“Saya tak sanggup kehilangan dia , saya hanya ada dia saja di dunia ini “Mereka kelu tanpa berkata –kata .Hanya bunyi bayu yang bersiul sahaja yang dapat didengari .Waktu malam berlalu seperti biasa .Tiada apa apa yang luar biasa terjadi melainkan berdozen dozen mayat mayat hidup yang menunggu di luar pagar elektromagnet .Malam berlalu dengan sunyi ,yang ada hanyalah bisikan bisikan bayu .
           
            Kajian Elina menunjukkan mayat mayat itu dijangkiti oleh virus yang dikenali sebagai ARV (  Anti Revolution Virus ) . Virus ini lebih parah berbanding parasit yang menyerang manusia .Virus ini menyerang otak dan menghentikan revolusi serta mengundurkan proses revolusi sehingga pemikiran manusia menjadi seperti primat yang hanya tahu makan sahaja . Apa yang memburukkan keadaan virus ini menyerang setiap sel dalam tubuh dan menyebabkan genetik sel sel mutasi pada tahap kritikal .Hatta mereka berada pada abad 22 , mereka sememangnya tak dapat menghasilkan vaksin untuk memperbaiki kerosakan tubuh badan .

************
            Mereka berdiri terpaku merenung ke luar tingkap .Seakan akan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat . Elina mengosok gosok matanya , memastikan matanya tidak membohongi dirinya.Riak riak kegelisahan terpapar pada wajah masing masing .Manik manik peluh mulai kelihatan .Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah menonton ulah subjek yang cukup mereka takuti .Mayat yang tegap dan sangat besar mengahmpiri rumah usang mereka . Tangannya erat menggenggam  kapak yang berlumuran darah , barangkali darah daripada mangsanya . Leftenan Mike dan Prof Zain melepaskan pancaran laser kepada mayat tersebut namun ternyata ia kebal.Mungkin akibat daripada kesan mutasi. .Mereka dihantui keresahan . Kaki mereka menggeletar ketakutan . Entah nasib apa yang bakal menimpa mereka , sama ada menjadi makan malam atau menjadi alat permainan mereka . Namun, harapan mereka masih ada ,oleh kerana pagar elektromagnet yang dipasang memisahkan mereka dengan mayat mayat bergerak itu . “ Harapan tidak pernah mati “ . Itulah motto hidup Elina. Tidak pernah lekang daripada bibirnya .Mayat hidup itu  menghentak pagar elektromagnet itu beberapa kali namun gagal . Mereka menghembuskan nafas lega dan Elina sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa . Sebaik sahaja mereka mengilangkan keresahan mereka penggera nyaring berbunyi tanda penceroboh sedang masuk ke dalam kawasan rumah . Mata masing masing terbeliak tanpa sebarang kata kata . Mereka mula terbayang akan apa yang terjadi kepada mereka .Leftenan Mike memecahkan kebisuan antara mereka .

“ Prof Zain dan Elina pergi keluar daripada sini ! biar saya halang mereka ! pergi ! “ Leftenan Mike berkata kata meskipun masih dalam tergagap dek kerana ketakutan .Elina mengangkat keningnya tanda tidak mengerti .Belum sempat dia mengeluarkan sebarang kata kata , Prof . Zain mendahuluinya . “ Terima kasih Mike! Aku terhutang budi dengan engkau . Aku doakan kau selamat! . Prof Zain terus menyambar tangan anaknya dan mengheretnya ke pintu belakang . Elina cuba melepaskan dirinya namun tidak terdaya apatah lagi dia yang bersusuk kecil . “ Aaayyyaahhh lepaskan Elina! Kita kena tolong Leftenan Mike! . Prof Zain sengaja memekakkan telinganya seolah olah tiada apa yang berlaku .Bunyi lolongan Leftenan Mike menusuk ke telinga terus ke kalbu .Wajahnya dirabak tanpa belas kasihan , darahnya memercik ke seluruh ruang atmosfera dan menghinggap ke dinding yang awalnya berwarna putih dan akhirnya memerah pekat .Melihatkan kejadian tersebut Elina melajukan langkah seribunya .

            Mereka matikan langkah mereka dengan membayar hutang oksigen yang kehabisan oleh mereka .” im already fatigue dad “ Elina yang petah berbicara dalam bahasa Inggeris , mungkin kerana dia berkacukan Melayu- Inggeris .”Mari ,ayah tahu satu tempat “ . Setelah sekian lama berjalan mereka tiba di suatu bangsal yang terletak jauh daripada kawasan yang dimonopoli mayat mayat hidup yang cukup menjijikkan namun hakikatnya mereka merupakan homo sapiens sama seperti Elina dan Prof Zain sendiri .Selepas duduk dalam bangsal tersebut , sesi bual bicara yang tak terduga berlaku .

“Elin , sebenarnya  .... “ Prof Zain cuba membuka rahsia dengan nada yang teragak –agak.
“saya ini bukan bapa kandung Elin , saya cuma menjaga Elin dari kecik lagi .Ayah kandung Elin  namanya Firdaus .Dia korbankan nyawa saya dariapda dibaham mahkhluk durjana tu.Dia amanatkan saya menjaga Ekin ketika Elin berumur 2 tahun “

Prof Zain cuba menyusun aksara kata namun terhenti sebaik sahaja bunyi esakan Elina menggentarkan gegendang telinganya.Kelihatan matanya berkaca dan esakannya memenuhi ruang bangsal itu .” kenapa ayah ... tak ,Prof Zain tak bagi tahu awal awal ? Dah besar panjang baru nak bagi tahu “ .Wajah Elina serta merta menjadi bungkam .Tidak seceria hari sebelumnya.Suasana menjadi diam serta merta.Lidah Prof Zain kelu untuk melontar aksara kata laksana seorang yang sedang dilamun cinta .Suasana menjadi senyap sunyi dan akhirnya bertukar kepada bunyi menggerunkan daripada mayat mayat busuk itu.Mayat mayat itu menarik keluar Prof Zain dan meratahnya hidup hidup .”Argghh ! Pergi Elin , selamatkan nyawamu!” itulah kata kata akhir sebelum nafas terakhirnya dihembus olehnya .Pada awalnya Elina teragak agak membuka langkah ,namun sebaik sahaja pandangan mayat mayat hidup itu tepat menikam Elina dia terus memecut laju .Sepanjang dia berlari segala album memorinya tersiar dalam ingatannya seperti tayangan holograf.Air matanya tidak terhenti berguguran . Segala kejadian sebentar tadi mengganggu kewarasan akalnya .Tidak tahu ke mana arah lariannya seolah olah berlari dalam gelap tanpa sebarang cahaya .
           

Akhirnya, Elina tiba di makmal yang selalu menjadi tempat kunjungannya .Dia perlahan meletakkan tangannya di atas alat pengimbas tangan . Sebaik sahaja selesai diimbas , Elina perlahan- lahan melangkah masuk . Matanya mencari cari sesuatu , sedangkan dia sendiri tidak pasti apa yang di carinya .Walaupun otaknya bercelaru , namun “ Harapan tidak pernah mati “ tidak pernah lekang dari akalnya . Bahan bahan yang tersusun di atas sebuah meja melahirkan inspirasi kepadanya .Insipirasi apa ? .Insipirasi menghasilkan vaksin yang sekian lama di tunggu tunggu oleh umat manusia .Dia mencampurkan beberapa bahan yang jarang dijumpai . Antaranya ialah But-2-Ena, Magnesium Klorida dan lain lain .Adakah dia berjaya ? Sesungguhnya tiada siapa yang tahu kerana hanya dia sahaja homo sapiens yang terakhir yang masih hidup .  Dia merupakan saksi terakhir kepada kehancuran dunia atau kelahiran semula .


Tolong commentt yaa ...!!  sekian terima kasih !! 

Suka just like it

Monday, November 18, 2013

Hasil Tangan Aku Sendiri!

Assalamualaikum!!!
Annyeong Haseyo !! (eh apa aku cakap ni  -,-')

Fuhhh , dah lama gila tak update blog ni  kan ? habis berhabuk blog ni jadinya hoho , Lyssa Faizueen tak update blog selama 4 bulan pun still famous kan ? untung nasib badan huhu  .... Blog ni pun bukan famous sangat kan ? hahaha ... Dah dah la mukaddimah kau tu .... 

Apa kaitan dengan tajuk tu? buat apa ? Bila ? Apa kejadahnya? HA!!!!!!
Buat pengetahuan koranag semua Tuan Tanah minat dalam menghasilkan seni iaitu menghasilkan sajak ,cerpen dan berangan angan dalam menghasilkan sebuah novel sendiri  (besar cita-cita aku ).
Kita sebagai orang Melayu sendiri sepatutnya pandai dalam bidang bahasa kita sendiri jangan asyk nak pandai main  Candy Crush atau Minion Rush  je kerjanya ye  .. huhu So ,Sebagai rakyat yang prihatin terhadap kemerosotan Bahasa Malaysia ingin menghasil kan sebuah sajak sendiri .Terimalah ...



Tubuhku calar balar
akibat dek onak  dosa dan noda
disekelilingi kegelapan memori lampau
menghantuiku tak kira bulan atau matahari
Mata sering berkaca tanpa henti
teriakan menjadi pendamping setia

Ya Rabb
dimana ingin ku mencari nur Mu
ku pinta seribu keampunan dan rahmat Mu
NamaMu tidak lekang dari bibirku
air mata berjurai kerana takutnya hamba kepada Mu
Jauhkanlah hamba dari sakr durjana
dan bawalah hamba kepada kenikmatan abadi



Amacam? OK x? teruk ? at least try buatkan ... ok kepada pakar pakar bahasa diminta memberi komen tentang sajak tu ,, cuma di sini Tuan Tanah nak minta korang berikan tajuk yang paling sesuai . siapa punya buah idea paling akan dipilih ok .. .
Baiklah sampai di sini sahaja .. 
GRACIAS!
SAYONARA!
ASSALAMUALAIKUM!!!



Suka just like it